Seni gerbang dan bumbung. Bentuk tingkap, pintu

Seni bina Moorish mencerminkan ketahanan manusia. Ia boleh ditafsirkan
sebagai senibina yang melambangkan sesuatu kebudayaan yang berasaskan agama
Islam. Kebanyakan seni bina Moorish berbentuk separuh lengkung, kubah potong
bawang yang tajam dan struktur berbentuk minaret atau menara. Seni bina Moorish
biasa dibina pada Masjid, Istana dan Kota. Dari empat jenis ini, seni bina
moorish dikembangkan dan digunakan untuk binaan seperti tempat mandi awam, air
pancut dan gaya seni bina tempatan. (Muhammad, 2017)

 

Ciri-ciri seni bina Moorish direka bentuk mengatasi masalah suhu panas
dalam bangunan. Arkitek menggunakan dinding batu yang tebal, selain laluan
berkoridor yang akan membantu pengudaraan yang baik. Seni bina Moorish dianggap
unik dari sudut rekabentuk binaan serta keluasannya. (Muhammad,
2017)

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Berdasarkan pemerhatian, seni Bina Moorish dapat dilihat pada rekabentuk
tingkap pada Banguan Sultan Abdul Samad. Bingkai tingkap dibuat dari kayu
cengal. kualiti kayu cengal sememangnya diakui kukuh serta mampu kekal
selama-lamanya. Oleh kerana pada ketika itu simen tidak ada di Malaya, maka
dinding bangunan tersebut dibina dengan kaedah yang sangat unik, iaitu dengan
menggunakan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. (Muhammad,
2017)

 

Ciri seni bina Moorish menunjukkan kaedah bangunan yang kelihatan
ringan. Ini ditunjukkan menerusi dekorasi-dekorasi ukiran, dinding yang
terkedalam, tingkap palsu dan lain-lain. Penggunan
elemen-elemen seni bina yang berulang-ulang juga merupakan salah satu ciri seni
bina pada bangunan bersejarah Ini
jelas dapat dilihat pada tingkap, pintu, gerbang dan bumbung. Bentuk tingkap,
pintu dan gerbang mempunyai ladam yang tajam dengan jarak antara dua tiang yang
berbeza-beza. Bumbungnya diperbuat daripada kayu dan batu-bata yang dicat warna
hitam pada peringkat awal tetapi sekarang bumbungnya telah digantikan dengan
kubah yang bersalut tembaga untuk melindung keaslian rekabentuknya.  (Muhammad, 2017)